Kerajaan mundur ke belakang mansuh Skim Rumah Pertamaku

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan harus mengkaji semula keputusan memansuhkan Skim Rumah Pertamaku mulai 1 April 2023 kerana ia menjejaskan golongan untuk memilki rumah sendiri.

- Advertisement -

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, anak muda semakin sukar untuk memiliki rumah kerana kos sara hidup semakin meningkat.

“Tindakan kerajaan sekarang merupakan perkhabaran duka bagi anak muda yang mengimpikan memilki rumah sendiri.

“Skim Rumah Pertamaku di bawah seliaan Syarikat Cagamas Bhd yang dilaksana sebelum ini merupakan satu mekanisma yang baik dalam usaha membantu anak muda untuk memiliki rumah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya juga kenaikan harga bahan binaan menjadi punca harga rumah semakin mahal menyebabkan anak muda bertambah sukar untuk membeli rumah.

Kata beliau juga langkah kerajaan memberhentikan program tersebut menggambarkan kerajaan sedang mundur ke belakang dan menafikan kepentingan anak muda. – HARAKAHDAILY 25/3/2023

- Advertisement -