Zii Jia mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland

Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR: Pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraannya di St Jakobshalle di Basel selepas menumpaskan Lee Chia Hao dari Taiwan malam ini untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Switzerland 2023.

Advertisement

Zii Jia yang kembali mempamerkan kebangkitannya dalam saingan kejohanan antarabangsa musim ini, menewaskan lawannya dengan straight set 21-12, 21-17 dalam tempoh 35 minit pada aksi suku akhir itu.

Juara All England 2021 itu dijadual berdepan pemain Jepun Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu 21-12, 21-15.

Selain Zii Jia, empat lagi wakil negara iaitu, pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong; beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke suku akhir akan merebut slot pusingan separuh akhir apabila bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi nanti waktu Malaysia. – BERNAMA