Syeikhul Qurra’ diundang meriah Madinah Ramadan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tokoh besar dunia Islam diundang memeriahkan program Madinah Ramadan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhamad IV tahun ini.

- Advertisement -

Antara undangan khas iaitu Syeikhul Qurra’ Prof Dr Ahmad Isa Al-Miksarawi dan dua tetamu al Quran dalam kalangan anak muda.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Islam, Wan Sharafi Wan Mustapha berkata bakal memperdengarkan bacaan al Quran iaitu Johan Tilawah al Quran Peringkat Kebangsaan 2018, Abdullah Fahmi Che Nor.

“Program Semarak Al Quran mengundang Prof Dr Ahmad Isa sebagai tetamu seminar al Quran pada 24 dan 25 Mac ini yang akan diadakan di Hotel Perdana,” katanya di sini.

Kata beliau program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islama Kelantan (JAHEAIK), Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Selain itu beberapa program diatur untuk anak muda antaranya bersama Ustaz Azhar Idrus, selebriti Sabri Yunus dan Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Fadhli Shaari.

Sementara itu Wan Sharafi berkata, solat sunat tarawih diimamkan Syeikh Yasir As-Syarqawi dan Sheikh Hisyam Abdul Bari sebagaimana lazimnya setiap tahun.

“Madinah Ramadan tahun ini direka bentuk dengan tema tropika bersesuaian dengan musim yang agak panas melanda negara dan Kelantan sekarang,” ujarnya.

Pada malam pertama solat tarawih di Madinah Ramadan dikunjungi hampir 1,000 jemaah. Ada datang bersama keluarga. – HARAKAHDAILY 24/3/2023

- Advertisement -