Lindungi generasi dari pemikiran songsang LGBT

Jangan sekat idealisme anak muda

- Advertisement -

PAS Selangor mengucapkan tahniah atas ketegasan pihak PDRM yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah sehingga membawa kepada pembatalan program berkait LGBT dan permohonan maaf daripada pemilik sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak di ibu kota.

Program berkait LGBT yang dijangka dianjurkan pada 30 Mac ketika bulan Ramadan telah mendatangkan kemarahan dan mewujudkan suasana yang tidak harmoni di negara ketika Perdana Menteri berada di luar negara menunaikan umrah.

Pada Rabu lepas, Ahli Parlimen PAS YB Ahmad Fadhli Shaari telah mendedahkan promosi program Thai Hot Guy di Dewan Rakyat diikuti kenyataan media oleh Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Takiyuddin Hassan bagi menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas penganjuran program tidak bermoral itu bagi menghormati bulan Ramadan al-Mubarak.    

Namun, jawapan balas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat amatlah mengecewakan walaupun sebanyak 60 laporan polis telah dibuat.

Promosi itu juga telah mengundang bantahan PAS Bukit Bintang selain menjadi trending di twitter melalui kicauan Dr. Fairuz Azmi, Ketua Penerangan PAS Gombak.

PAS Selangor mengajak semua pihak termasuk wakil agama untuk bersama-sama membendung penularan pemikiran songsang LGBT ini daripada terus merosak budaya, nilai dan idealisma generasi baru dalam membina Negeri Selangor yang lebih bersih dan sejahtera melalui tanda pagar #menoktahkanLGBTtiadaHIV.

Pihak kerajaan juga digesa mengambil tindakan lebih proaktif bagi mengekang penularan promosi, merekrut anak muda menyertai dan mendanai aktiviti berkait LGBT di negeri ini khususnya.  

DATO’ DR. AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya 
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor
Jumaat 
24 Mac 2023/ 2 Ramadan 1444H – HARAKAHDAILY 24/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -