Status bayaran Dana Khas Petroleum kepada Terengganu

Dato' Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan diminta menyatakan apakah status terkini berkenaan pembayaran Dana Khas Petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

- Advertisement -

Pertanyaan mengenai perkara itu dikemukakan oleh Senator Dato’ Husain Awang pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Soalan daripada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan pada persidangan Dewan Negara, hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah pelan tindakan dalam meremajakan Agro Pelancongan dan Agropreneur Muda sebagai pemangkin ekonomi negara.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk melibatkan bersama agensi GLC dengan pihak industri yang berupaya menentukan kebolehpasaran graduan dan memenuhi permintaan industri.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab farmaseutikal ASEAN.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang sedang dan bakal dilakukan oleh Kerajaan mengenai isu-isu perlindungan hak asasi manusia khususnya kepada pelarian yang tiba di Malaysia.

Datuk John Ambrose minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah strategi jangka masa pendek, sederhana dan panjang serta pelan tindakan khusus untuk sektor pelancongan Malaysia bagi menyambut kedatangan pelancong asing khusus buat negeri Sabah.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah langkah-langkah khusus yang diambil Kementerian bagi membendung isu kenaikan harga barangan keperluan harian.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah bilangan masyarakat Siam yang berjaya menukar keterangan keturunan mereka daripada Thai kepada Siam sejak tahun 2017. Apakah perancangan Kementerian, selain program MEKAR, untuk membantu kesemua 8910 orang masyarakat Siam yang didapati layak oleh Kementerian (untuk menukar keterangan keturunan mereka) untuk berbuat demikian.

Datuk John Ambrose minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah akan bermula penguatkuasaan permulaan peraturan baru kawalan penjualan rokok dan “vape” selain inisiatif kerajaan mewujudkan cukai pada belanjawan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.     

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah terdapat sebarang kemajuan terutamanya daripada aspek penyelidikan dalam usaha membawa masuk penggunaan kanabis dalam bidang perubatan.        

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Perdana Menteri menyatakan berapakah bilangan tindakan punitif yang telah diambil terhadap salah laku sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan Jabatan Audit Negara bagi setiap Kementerian dari tahun 2017 hingga 2022. Sejauh manakah langkah penambahbaikan yang telah dilakukan telah dapat mengurangkan kes-kes tersebut dari tahun ke tahun.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam meningkatkan keupayaan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Kewangan menyatakan pendapat Kementerian berkenaan dengan caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik yang dikenakan bagi urusan ATM yang berlainan bank. Umum diketahui kebanyakan pengguna mesin ATM adalah warga berumur dan mereka yang tidak aktif menggunakan sistem transaksi elektronik. Adakah Kementerian bercadang untuk mendekati penyelesaian dalam perkara ini, termasuk meminta pihak berkaitan untuk memansuhkan bayaran tersebut.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan apakah status terkini berkenaan pembayaran Dana Khas Petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu.    

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah Kementerian dalam memastikan isu guru duka lara dapat dicapai secara menang-menang dan dikurangkan tempoh pertukaran daripada tiga tahun kepada enam bulan atau satu tahun bagi tempoh pertukaran.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan baru terhadap Kerajaan China yang juga merupakan rakan dagang terbesar negara terhadap pencerobohan kedaulatan dan hak persempadanan negara Malaysia supaya insiden seperti ini tidak berlaku lagi.             

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta Menteri Ekonomi menyatakan adakah formula untuk memulihkan ekonomi telah ditemui dan bilakah pelaksanaannya.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah kesalahan pilihan raya yang melibatkan isu integriti dan rasuah serta tindakan yang telah diambil tindakan dan pendakwaan. – HARAKAHDAILY 23/3/2023

- Advertisement -