Sensitiviti Ramadan dicemar promosi kegiatan LGBT

UMAT Islam seluruh negara dikejutkan dengan tularnya poster program Thai Hot Men sempena pembukaan Pub Privacy Tun Razak di ibu negara pada bulan Ramadan yang sudah hampir menjelang tiba.

Poster itu menampilkan model lelaki Asia dengan pakaian seperti wanita yang menjadi pelayan di dalam pub tersebut. Aktiviti songsang ini jelas satu agenda LGBT yang cuba ditanamkan untuk merosakkan generasi muda akan datang.

Pemuda PAS Negeri Terengganu terus mengecam sebarang program kemaksiatan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, tambahan lagi ianya dilakukan pada bulan suci untuk umat Islam iaitu Ramadan.

Bukan itu sahaja, program kali ini seolah mempromosikan kegiatan LGBT dalam negara Malaysia dan sengaja diadakan dalam bulan pesta ibadah umat Islam.

Penganjuran program seperti ini jelas tidak menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan sensitiviti umat Islam yang ada di seluruh negara.

Kita juga menyeru kepada pihak berkuasa agama dan pihak berwajib untuk mengambil tindakan kepada program seperti ini dan seterusnya mengawalnya agar ia tidak menjadi satu normalisasi budaya dalam negara Malaysia.

MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu –  – HARAKAHDAILY 23/3/2023

Advertisement