Sedar rumah terbakar selepas balik waktu petang

- Advertisement -

DUNGUN: Mangsa kebakaran di Kampung Jongok Batu dua minggu lepas mendapat perhatian Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Dungun.

- Advertisement -

Adun Rantau Abang Alias Harun berkata, ketika kejadian rumah tersebut tiada penghuni kerana mereka bekerja di Paka.

“Rumah mangsa habis dijilat api dan hanya tinggal bahagian bersimen, kita harap keluarga mangsa bersabar di atas musibah yang berlaku,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut semalam.

Turut hadir meninjau rumah mangsa kebakaran terbabit Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan Timbalan Pengerusi Lajnah berkenan Zakariah Yusof.

Sementara itu mangsa kebakaran, Rosman Mohamad, 43 berkata beliau hanya menyedari rumahnya hangus terbakar pada waktu petang selepas pulang ke rumah.

Katanya ketika kejadian beliau bersama keluarga berada di Paka.

“Kami juga ada rumah kat Paka, anak-anak bersekolah di Paka. Kalau ada tugasan saya berada Paka.

“Dan kalau tiada projek saya tinggal di sini sambil menanam sayur. Dan pada hari minggu isteri dan anak-anak akan balik ke sini,” katanya yang reda di atas musibah yang menimpa keluarganya. – HARAKAHDAILY 23/3/2023

- Advertisement -