Pemerdagangan manusia turut libatkan Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak terkecuali menghadapi isu pemerdagangan manusia yang melanda seluruh dunia.

Dr Siti Mastura Mohamad (PN-Kepala Batas) berkata, masalah itu membabitkan perkara berkaitan seperti eksploitasi seks, buruh paksa dan penjualan organ.

- Advertisement -

“Isu pemerdagangan manusia merupakan perkara serius yang melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia. Antara bentuk-bentuknya ialah eksploitasi seks, buruh paksa, pengabdian domestik secara paksa, penjualan organ dan pemerdagangan bayi.

“Justeru, mohon perincikan aktiviti yang akan dilaksanakan berasaskan anggaran Belanjawan 2023 dan siapakah sasaran komuniti yang terlibat,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Mastura juga meminta KPWKM menyatakan jumlah bilangan kanak-kanak tidak sah taraf sepanjang lima tahun sebelum ini.

“Berapakah jumlah bilangan anak tidak sah taraf yang telah direkodkan sejak lima tahun kebelakangan ini serta kos perbelanjaan pengurusan, terutamanya di Kepala Batas.

“Apakah cadangan kerajaan untuk mengurangkan kes kelahiran anak tidak sah taraf ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/3/2023

- Advertisement -