Akaun palsu, sisi gelap makin berleluasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membendung kewujudan akaun palsu dan amalan ‘dark side’ (sisi gelap) di media sosial, khususnya Twitter, kata Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut).

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, terdapat peningkatan sasaran dua peratus kepada capaian maklumat dasar inisiatif kerajaan dan kenegaraan di media baru.

- Advertisement -

“Saya ambil satu pautan, akaun ‘Dark Side’ Twitter jebak anak muda ke kancah seksual. Pengguna sembunyi identiti, papar aksi tidak senonoh dan lucah.

“Ini masalah tamadun, masalah yang menjadi keghairahan kepada semua anak muda di negara ini. Jadi apakah tindakan kerajaan menangani konten-konten toksik, khususnya yang bersifat fitnah, palsu dan tidak bermoral di Twitter,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru, beliau jmeminta kerajaan menyatakan secara terperinci langkah-langkah yang bakal diambil bagi mengatasi permasalahan ini. – HARAKAHDAILY 23/3/2023

- Advertisement -