UMK sertai misi pasca banjir di Johor

- Advertisement -

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut menyertai misi pasca banjir Johor di sekitar Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru, baru-baru ini.

- Advertisement -

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof Dr Mohammad Ismail berkata, pada program itu mereka mengagihkan 50 pek makanan asas kepada mangsa yang terkesan banjir.

Katanya, sumbangan tersebut inisiatif UMK dalam menjayakan misi bantuan kepada mangsa termasuk pelajar UMK yang ditimpa musibah banjir.

Kata beliau seramai 15 sukarelawan UMK dan lima kakitangan Jabatan Penjara Kelantan menyertai misi bantuan terbabit bagi menyambut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Johor.

“Briged Sukarelawan UMK melawat beberapa rumah pelajar UMK yang ditimpa musibah banjir dan menyerah bantuan dan Kotak Bantuan Rahmah UMK-KPT yang disediakan Bahagian Kebajikan Pelajar HEPA,” katanya pada kenyataan di sini.

Dr Mohammad juga berkata, misi tersebut turut membersih dan mencuci kediaman penduduk dan pelajar UMK yang ditenggelami banjir baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ts Dr Muhamad Saufi Che Rusuli berkata, misi Briged Sukarelawan UMK mendapat kerjasama Jabatan Penjara Kelantan yang menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Johor bermula 12 hingga 14 Mac lepas. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -