Thai Hot Guy sesuai dengan Malaysia Madani?

Ahmad Fadhli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penganjuran program Hot Thai Guy yang dijadualkan berlangsung di sebuah bar di sini menimbulkan persoalan adakah ia bersesuaian dengan konsep kerajaan Malaysia Madani.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Dasar Malaysia Madani sudah pasti merangkumi semua aspek bukan sekadar ekonomi semata-mata.

- Advertisement -

“Ia tidak dapat lari daripada perkara tiga dalam Perlembagaan Malaysia berkaitan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Saya ingin merujuk pada satu program yang dinamakan sebagai Thai Hot Guy  yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 Mac ini yang dikatakan akan berlaku di Privasi Kelab Tun Razak menampilkan pelayan-pelayan lelaki berpakaian wanita yang diiklankan secara terbuka di internet,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Apa yang beliau kesali adalah program itu  lebih malang program itu diadakan di bulan Ramahan ketika umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa.

“Adakah program sebegini sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan jika tidak (sesuai), saya yakin bahawa ia (sepatutnya) akan diusahakan untuk dibatalkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Dato’ Ugak Anak Kumbong berkata, dasar Malaysia Madani yang dibawa kerajaan merangkumi seluruh rakyat di Malaysia.

“Program sebegini (Hot Thai Guy)  janganlah dibawa masuk (ke Malaysia). Saya mohon kerajaan tidak akan meneruskan program tidak sihat itu kerana rakyat Malaysia ini terdiri dari berbilang kaum dan agama,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -