Proses tukar nama pemilik kenderaan kini rumit

Sabri Azit
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menilai semula pelaksanaan prosedur penukaran nama bagi pemilik kenderaan yang baharu agar lebih mudah, khususnya terhadap ibu tunggal yang kematian anak atau suami dan tiada pewaris lain.

Sabri Azit (PN-Jerai) berkata, mereka (ibu tunggal) agak susah untuk menguruskan sendiri prosedur yang renyah ini, belum dikira kos yang perlu ditanggung dsn masalah yang bakal dihadapi.

- Advertisement -

“Berkenaan penukaran nama kerana pemilik asal meninggal dunia, apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan masalah penama kenderaan yang dilihat agak rumit prosedurnya. Ini adalah bagi mengelakkan wujudnya masalah kereta yang pertama sakit yang kini telah berleluasa.

“Bermula daripada pembahagian harta pusaka kepada bawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), dapatkan insurans kenderaan baharu di bawah nama pemilik baharu dan pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk lakukan pindahan milik.

“Terlalu banyak prosedur dan tempat yang perlu ditempuh hanya untuk menukar nama dan pindahan milik kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

“Saya berharap agar kerajaan dapat mendengar keluhan mereka yang menghadapi masalah ini kerana kenderaan juga dianggap sebagai harta pusaka dan seharusnya boleh diagihkan dengan mudah kepada waris,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -