Misteri harga motosikal berbeza selepas pelancaran

Abdul Latiff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seolah-olah suatu misteri yang perlu dibongkar akan kebenarannya, isu tentang harga sebuah motosikal yang terlalu ketara perbezaannya apabila sampai ke tangan pembeli telah ditimbulkan dalam sidang Dewan Rakyat pada hari ini.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, beliau mendapat aduan daripada anak muda bahawa harga yang dilancarkan tidak sama dengan hari biasa ketika ia dijual.

- Advertisement -

“Saya mendapat aduan daripada anak muda contohnya sebuah harga motosikal Yamaha Y-15 atau orang Kelantan panggil Ysuku dan beberapa model lain harganya kira-kira RM9,000  (sebuah) ketika pelancaran dibuat, namun selepas sampai kepada penjual ia dijual sehingga mencecah RM15,000.

“Adakah kerajaan menyedari tentang perkara tersebut dan apakah langkah yang diambil untuk mengekang kenaikan dan manipulasi oleh pihak-pihak ini?” soal beliau.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam butiran sama, beliau turut menanyakan berkaitan kelewatan untuk menerima kereta-kereta nasional seperti Proton dan Perodua selepas di tempah.

“Misalnya kereta Perodua Bezza, pembeli terpaksa menunggu enam hingga lapan bulan, Myvi tiga hingga lima bulan untuk mendapatkannya.

“Apakah faktor yang melibatkan kelewatan tersebut dan apakah langkah yang diambil oleh pihak MITI untuk menangani masalah tersebut?” soal Abdul Latiff. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -