Cawangan ke-101 PAS Kawasan Sik ditubuhkan

- Advertisement -

SIK: PAS biarpun dalam situasi ditohmah serta diperburukkan dengan pelbagai tuduhan putar belit dan fitnah, namun terus menerus mendapat keyakinan rakyat yang sentiasa memohon menyertai parti ini.

Malah, organisasi PAS di setiap peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat semakin mengukuh menerusi penubuhan struktur baharu jawatankuasa termasuk pembentukan lajnah dan dewan-dewan.

Terkini, PAS Kawasan Sik menambah satu lagi Cawangan iaitu di Kampung Betong Dalam di mana Mesyuarat Penaja telah berjaya dilangsungkan dan dirasmikan Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Penubuhan Cawangan ke-101 ini menyaksikan Mohammad Zain Talha dipilih sebagai Ketua PAS Cawangan yang dilengkapkan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa, di mana seramai 33 orang memohon menjadi ahli PAS di sini.

“Mereka semua ahli-ahli baru ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada PAS. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ketua dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Kampung Betong Dalam,” ujar beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Sik.

Hadir sama pada majlis ini adalah Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa PAS Sik, Badrul Hisham Abdul Rahman dan Ustaz Mohd Subky Sulaiman serta Said Awang Kechil. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -