Arab Saudi mula puasa esok

Anak bulan tidak kelihatan pada petang Selasa, 21 Mac 2023 di Arab Saudi. (FOTO: SPA)
- Advertisement -

RIYADH: Anak bulan tidak kelihatan pada petang Selasa di Arab Saudi dan Khamis (23 Mac), akan menjadi permulaan bulan suci Ramadan 2023 di negara itu.

Mahkamah Agung Kerajaan Saudi dalam kenyataannya sehubungan itu ah menyeru semua umat Islam di  negara untuk mencari hilal Ramadan pada petang Selasa yang bersamaan dengan 29 Syaaban 1444, lapor Arab News.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Kementerian Kehakiman Saudi pula mengumumkan telah melancarkan sistem elektronik untuk penglihatan bulan sabit dengan tujuan mengawal proses melihat bulan secara automatik, dan menyatukan prosedur kerja antara mahkamah tingkat pertama dan Mahkamah Agung.

Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyatukan sumber data balai cerap melalui sistem elektronik yang berteknologi canggih dan cekap dalam  menyediakan kelajuan dan penyepaduan dengan pihak berkuasa berkaitan, meningkatkan kualiti operasi balai cerap, dan mempercepatkan pengeluaran keputusan Mahkamah Agung berhubung penampakan bulan baharu.

Lebih 1.9 bilion umat Islam di seluruh dunia akan kembali menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan suci Ramadan pada tahun ini, dengan orang beriman menahan diri daripada makan, minum dan merokok dari subuh hingga matahari terbenam. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -