Netizen bidas kerajaan ajar pencarum cagar KWSP di bank

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri yang menganggap pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya dilulus sekali lagi menyebabkan kewangan negara terjejas dipertikai pelbagai pihak.

- Advertisement -

Mereka menjelaskan tidak menjadi kesalahan kerana pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri dan bukan wang kerajaan.

Bekas pegawai kanan sebuah bank berkata, wang yang dituntut pencarum milik mereka dan tiada kaitan dengan kerajaan.

“Mengapa tidak boleh mengeluarkan duit kita sendiri sedangkan ia hasil usaha dan titik peluh setiap pencarum.

“Lebih teruk lagi apabila kerajaan mahu pencarum menjadikan wang simpanan di KWSP sebagai cagaran membuat pinjaman dengan bank,” kata beliau yang enggan mendedah identitinya.

Baru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menyifatkan kaedah membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan, tidak melanggar Akta KWSP.

Bekas pegawai bank terbabit berkata, keadilan kewangan berlandaskan Islam ialah membebas rakyat daripada bebanan hutang.

Sentimen tidak puas terhadap kenyataan perdana menteri tersebut juga didapati meluas di media sosial.

Ada pemilik akaun Facebook menggunakan nama Chuah Theam Seng mencatat rakyat yang berdepan dengan masalah kewangan memerlukan wang simpanan mereka sendiri dan bukan membuat pinjaman di bank.

“Kerajaan jangan pula mengajar rakyat membuat hutang bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

“Dahulu ketika berada di saf pembangkang perdana menteri kerap mempersoalkan dasar KWSP, namun sekarang setelah diberi kuasa lain pula ideanya,” kata akaun Facebook bernama Baim Melanau.

- Advertisement -