Dr Aliakbar agih sumbangan bakul makanan

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Kebayau, Telipok terima sumbangan bakul makanan sempena ambang Ramadan.

- Advertisement -

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh ADUN (Dilantik), Dr Aliakbar Gulasan di Surau Ar-Rahman Kampung Kebayau, Sabtu lalu.

“Kami membawa sedikit sumbangan dan mudah-mudahan memberi manfaat buat semua di Kampung ini,” katanya.

“Insya-Allah kita akan sampai ke bulan Ramadan, mudah-mudahan dengan kesempatan ini kita isi dengan kebaikan,” jelasnya yang juga Setiausaha PAS Sabah.

Penyerahan sumbangan bakul makanan melibatkan golongan muallaf dan non-Muslim.

Selain sumbangan bakul makanan, beliau turut menyampaikan sumbangan kanopi keperluan surau di kampung berkenaan.

“Semoga sumbangan ini menceriakan mereka sempena ketibaan bulan Ramadan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -