Buat kajian menyeluruh atasi isu makanan

Wan Hassan Mohd Ramli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) disaran melaksanakan satu kajian menyeluruh bagi mengatasi isu ayam, daging dan telur ayam.

- Advertisement -

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, pertambahan penduduk kelahiran juga menjadi faktor utama bagi keperluan kajian.

“Kalau kita membahaskan isu kekurangan ayam, daging dan telur ayam ini ia terbahagi kepada dua.

“Satu ialah yang hakiki (sebenar berlaku) kerana keperluan pengguna melebihi bekalan. Yang kedua maknawi iaitu ada bekalan tapi difahamkan syarikat-syarikat besar yang menentukan harga.

“Jadi kedua-dua ini perlu kepada penyelesaian,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau semasa mengemukakan soalan tambahan itu berharap satu kajian menyeluruh dibuat kerana akan berlaku pertambahan penduduk.

Justeru, ujarnya kajian perlu untuk menyelesaikan isu berkenaan pada jangka panjang.

Menjawab perkara itu, menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kajian sentiasa dibuat bagi mengatasi masalah tersebut.

“Kita reaksi kepada apa yang berlaku itu dengan cepat insya-Allah,” katanya.

Wan Hassan dalam soalan asal meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah penyelesaian berkenaan isu kekurangan ayam daging dan telur ayam di pasaran Malaysia. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -