Apa perancangan Program Malaysia Techlympics?

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diminta menjelaskan perancangan untuk Program Malaysia Techlympics bagi menggalakkan lebih ramai pelajar meminati bidang sains.

- Advertisement -

Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) berkata demikian susulan tiada peruntukan di dalam Belanjawan 2023 bagi program berkenaan.

“Program Malaysia Techlympics yang dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai pelajar meminati bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Saya lihat di dalam belanjawan kali ini tiada yang diperuntukkan bagi Malaysia Techlympics.

“Untuk tahun lalu kita memperuntukkan sebanyak RM14 juta dan program ini terbukti sangat berjaya dan malah disebut di dalam titah pembukaan parlimen oleh Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Sains dan Inovasi di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Amzad juga meminta menjelaskan perancangan kementerian untuk meneruskan kesinambungan program berkenaan pada tahun ini. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -