127 pegawai ikuti pengajian tasawwur Islam

Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang memberi nilai tambah kepada pegawai dan kakitangan awam yang berjaya menamatkan sijil dan diploma pengajian tasawwur Islam.

- Advertisement -

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sehingga kini seramai 127 pegawai mengikuti kelas tersebut.

Menurutnya, program yang mula dilaksana pada 2013 bertujuan memupuk serta membentuk nilai-nilai agama Islam konsep ubudiyyah, masuliyah dan itqan (UMI) kepada kakitangan awam.

“Antara objektif utama program terbabit untuk memupuk nilai-nilai serta penghayatan agama Islam dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri.

“Kita sedang mengkaji untuk memberi nilai tambah kepada pegawai-pegawai yang mempunyai diploma dan sijil terbabit bagi proses kenaikan pangkat dan sebagainya,” katanya menjawab soalan Mohd Asanan Hassan (PAS-Kelaboran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di hari ini.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata kelas pengajian itu diadakan dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sejak 10 tahun lalu. – HARAKAHDAILY 21/3/2023

- Advertisement -