Syor bina jejambat di persimpangan Guchil-Kuala Krai

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah jejambat di persimpangan Guchil-Kuala Krai serta menaiktarafkan jalan berkenaan.

- Advertisement -

Menurut Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah jalan Gua Musang ke Kuala Krai akan mengalami kesesakan yang melampau.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat, hari ini.

“Walaupun kita tahu lebuh raya Kota Bharu, Kuala Krai dan juga CSR Kuala Krai, Gua Musang dan seterusnya ke Simpang Pelangai sedang dalam pembinaan tetapi laluan sedia ada iaitu FT08 di Guchil menghala ke Gua Musang dan juga ke bandar Kuala Krai tetap memerlukan kepada penambahbaikan dengan membina jejambat.

Ini, ujarnya agar kesesakan aliran trafik dapat dikurangkan dan memberi sedikit keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Menurut beliau, pembinaan jambat merentasi persimpangan lampu isyarat Ghucil itu akan dapat menjadi sistem perhubungan jalan yang lebih baik sejajar dengan pembangunan dan kepadatan trafik laluan ini. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -