KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan ketika ini sedang menyediakan kertas pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri bagi penubuhan Majlis Autisme Kebangsaan.
Menurut kementerian itu, Majlis Autisme Kebangsaan akan dianggotai oleh wakil-wakil dari pelbagai Kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan individu lain yang berkepentingan.
“Majlis ini bertindak sebagai satu platform yang tersusun dan produktif untuk pemberian perkhidmatan kepada individu dengan ASD,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dato’ Dr Alias Razak [PN-Kuala Nerus] di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Alias yang juga Exco Kerajaan Terengganu dalam soalannya meminta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana komitmen kementerian untuk menubuhkan Majlis Autisme Kebangsaan. – HARAKAHDAILY 20/3/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!