Pengorbanan dalam jemaah prasyarat kemenangan

Abdul Wara' Mohammad
- Advertisement -

SANDAKAN: Pengorbanan yang dicurahkan dalam jemaah adalah prasyarat untuk mencapai kemenangan, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Libaran, Abdul Wara’ Mohammad.

- Advertisement -

Menurutnya, pengorbanan itu sangat penting dalam menggerakkan jemaah.

“Dari situ kita dapat melahirkan ahli yang wala kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi ianya tidak bertentangan syariat,” jelasnya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Libaran Ke-18 di pejabat PAS kawasan, kelmarin.

Tambahnya, iltizam dan komitmen dalam gerak kerja juga perlukan pengorbanan yang tinggi agar lahirnya sebuah jemaah yang didukung ahli yang istiqamah.

Dalam mesyuarat berkenaan, beliau kekal menerajui PAS kawasan itu sementara Zulkifli Mohammad dan Kamsah Osman dipilih sebagai Timbalan dan Naib Yang Dipertua. – HARAKAHDAILY 19/3/2023

- Advertisement -