Pastikan pembinaan jalan baharu berkualiti

Roslan Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Saya ingin memohon jalan FT136 Kulim ke Serdang dan Serdang ke Bandar Baru dan juga FT170 Selama ke Kemahang dan FT171 Serdang ke Selama supaya dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada pengguna,” kata Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu).

- Advertisement -

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, keadaan jalan berkenaan kerana agak daif dan sempit sekali gus membahayakan pengguna terutamanya pengguna motosikal dan peratus kemalangan semakin meningkat terutamanya di waktu puncak, perayaan dan cuti sekolah.

Beliau juga memohon pihak kementerian agar menyegerakan pembinaan jambatan Sungai Ular yang telah dirobohkan sejak setahun lepas.

“Jambatan Sungai Ular Taman Seri Mahkota telah dirobohkan hampir setahun dan masih belum dibina semula.

“Saya mohon di segerakan pembinaan jambatan tersebut persoalannya di sini juga kenapa terlalu lama untuk dibina semula jambatan itu, adakah kerana masalah bajet ataupun masalah kontraktor,” ujarnya lagi.

Beliau juga meminta agar kementerian dapat memastikan tahap kualiti berkaitan pembinaan jalan baharu agar tidak berlaku kerosakan berulang kali.

“Ia berkaitan dengan Jalan Sungai Batu ke Ladang Dublin yang mana baru sahaja siap dibina tetapi telah mengalami kerosakan yang teruk,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -