Myanmar: Fikir sesuatu lebih drastik untuk ASEAN

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memikirkan sesuatu yang lebih drastik untuk pertimbangan anggota ASEAN melibatkan Myanmar.

- Advertisement -

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, kedatangan pelarian Rohingya akibat krisis di Myanmar menyebabkan banyak masalah sosial di negara ini.

“Saya lihat banyak berita-berita Adun kita terpaksa berdepan dengan kerenah menyulitkan bukan sahaja mereka tetapi rakyat biasa.

“Masalah kesihatan, keselamatan, jadi baru-baru ini perdana menteri ada membangkitkan cadangan kepada ASEAN untuk memikirkan sesuatu yang lebih drastik untuk pertimbangan anggota ASEAN.

“Kita tidak mahu Myanmar menjadi road stick yang boleh establish lagi perantau kita. Jadi apakah satu tindakan yang lebih drastik dari cadangan Wisma Putra untuk pertimbangan ASEAN yang kita tahu Rusia dan China juga terlibat dalam menyalurkan bantuan atau penjualan senjata,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga meminta penjelasan sama ada ASEAN bercadang untuk menyatakan kepada kuasa besar itu untuk tidak berbuat demikian demi menjaga maslahah yang ada di rantau ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendekatan yang dibuat dalam konteks Myanmar perlu diselesaikan dengan cara ASEAN.

Menurutnya, ia tidak boleh dilakukan oleh satu negara sahaja tanpa berbincang dalam konteks negara ASEAN yang lain.

“Atas alasan itulah kita mengadakan beberapa siri perbincangan termasuk yang terbaru dalam mesyuarat menteri luar ASEAN pada Februari yang lalu untuk membincangkan pendekatan yang baik tetapi dari segi komitmen untuk meneruskan usaha ini perlu diteruskan berasaskan kepada 5PC,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal dalam soalan asal meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pihak Kerajaan Persekutuan akan meneruskan usaha untuk mencari penyelesaian kepada konflik d Myanmar yang telah dimulai oleh Kerajaan terdahulu. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -