Hospital swasta dibina di kawasan 62 ekar di Sungai Bagan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebuah hospital swasta akan dibina di kawasan seluas 62 ekar di Estet Sungai Bagan Machang yang turut melibatkan pembinaan rumah kedai dan perumahan awam.

- Advertisement -

Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, syarikat pemaju, Kumpulan Sekata Sdn Bhd mendapat kelulusan ‘zoning’ daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pembinaan hospital tersebut.

Katanya, projek terbabit melibatkan kos tanah kira-kira RM6.9 juta yang telah dibayar syarikat berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut.

“Projek itu selari dengan pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sungai Bagan Labok,” katanya ketika menjawab soalan Azhar Salleh (PAS-Pulai Chondong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini

Menurutnya juga pembinaannya dijangka lebih rancak selepas mendapat kelulusan penuh Penilaian Impak Alam Sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar Kelantan.

Kata beliau juga kerajaan negeri melantik anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai sebagai pengurus projek pembinaan taman terbabit.

“Pembinaannya bermula 15 ogos 2022 dan dijadual siap pada 12 Ogos 2024 iaitu selama dua tahun. Dan sehingga Mac inii kemajuan fizikal di tapak mencapai tujuh peratus,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -