15 lokasi dibina pusat pemindahan kekal di Kelantan

Dato' Mumtaz Md Nawi
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengenal pasti 15 kawasan untuk dijadikan tempat bagi membina Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di semua jajahan yang terbabit dengan banjir.

- Advertisement -

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata 12 daripadanya melibatkan tanah kerajaan dan baki memerlukan proses pengambilan semula tanah.

Katanya kerajaan negeri berharap mendapat kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membina tiga PPK pada fasa pertama iaitu di Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas.

“Perbincangan dengan NADMA bagi membina tiga PPK bagi peringkat pertama.

“Kita juga pernah mengadakan lawatan di tiga kawasan cadangan tersebut,” katanya menjawab soalan Mohd Rodzi Ja’afar (PAS-Gaal) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Mumtaz juga berkata, kemudahan PPK tersebut akan digunakan ketika berlaku sesuatu bencana dan bukan hanya banjir semata-mata.

Menurutnya juga sekolah yang terbabit sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) tidak praktikal digunakan sekiranya bencana berlaku ketika sesi pembelajaran berlangsung. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -