Thiqah, wala’ asas kekuatan perjuangan

Ramli Pataruddin
- Advertisement -

LAHAD DATU: Thiqah dan wala’ adalah konsep penting yang menjadi dasar dan kekuatan perjuangan gerakan Islam.

- Advertisement -

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin, prinsip itu bertujuan untuk memastikan ahli kekal istiqamah dalam perjuangan serta mendidik mereka agar memiliki sifat berlapang dada, tenang dan yakin.

“Dalam gerakan Islam ini seperti yang disebut oleh As-Syahid Hassan Al-Banna bahawa hubungan amilin dan pemimpin itu sebagaimana hak seorang ayah dalam hubungan hati dan hak seorang guru dalam mengambil manfaat ilmu.

“Dalam konteks pilihan raya, ianya menuntut dan menguji tahap wala’ ahli kepada pimpinan, keputusan, perancangan dan strategi yang dilakukan,” ujarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan, di sini, hari ini. Mesyuarat agung itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah berharap, ahli di semua peringkat sentiasa thiqah dan wala’ kepada pimpinan, terus bekerja bersungguh-sungguh, menggembleng tenaga, idea serta dana secara berfokus dan sistematik. – HARAKAHDAILY 19/3/2023

- Advertisement -