Syukur terima sumbangan kelengkapan sekolah anak

- Advertisement -

LAHAD DATU: Rahman Arsid bersyukur menerima sumbangan kelengkapan sekolah anak dalam program ‘Back To School’, semalam.

- Advertisement -

Katanya, dengan bantuan itu dapat meringankan beban keluarganya bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan dibuka Isnin depan.

“Saya hanya buat kerja kampung, bantu-bantu di ladang sawit jadi pendapatan tidak tetap. Ada juga tanam sayur sikit untuk dijual.

“Ini kali pertama saya menerima sumbangan daripada PAS, terima kasih,” ujarnya yang mempunyai dua orang anak dan seorang daripadanya anak istimewa kepada Harakahdaily, semalam.

Seramai 50 orang pelajar sekitar Tungku, Lahad Datu dan Kunak menerima bantuan peralatan persekolahan dalam program ‘Back To School 2.0’ anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah dengan kerjasama PAS Lahad Datu itu.

 Program itu melibatkan pelajar peringkat tadika sehingga sekolah menengah.

Menurut Timbalan Pengerusi 1 LKK PAS negeri, Nur Izzati Yusof, penerima kali ini melibatkan anak yatim dan keluarga fakir miskin daripada hampir 15 buah kampung.

“Kami berharap semoga segala sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban para penerima.

“Terima kasih buat semua penyumbang yang telah menyumbang untuk program kali ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2023

- Advertisement -