Presiden PAS ziarah Ustaz Azhar Idrus di HSNZ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

- Advertisement -

Menurut Adun Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, beliau bersama ayahandanya itu menziarahi Ustaz Azhar susulan mendapat perkhabaran penceramah agama itu dimasukkan ke HSNZ.

Katanya, Ustaz Azhar nampak sangat bersemangat untuk kembali berkuliah dan meneruskan dakwah.

“Sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi laman sosialnya juga berdoa semoga Ustaz Azhar diberikan kesihatan dan keselamatan.

“Sama-sama kita doakan untuk kesihatan dan keselamatan Al-Fadil Ustaz Azhar Idrus.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan kesihatan dan mampu menyebarkan ilmu kepada khalayak masyarakat dan ummah,” ujarnya.

Ustaz Azhar dimasukkan ke HSNZ kelmarin kerana mengalami batuk dan masalah paru-paru. – HARAKAHDAILY 18/3/2023

- Advertisement -