Ambang Sinar Kasih Ramadan bantu golongan asnaf

- Advertisement -

LAHAD DATU: Program Ambang Sinar Kasih Ramadan pada kali ini menyasarkan untuk membantu lebih ramai golongan susah

- Advertisement -

Program yang dianjurkan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah dengan kerjasama LKK PAS Lahad Datu itu telah diadakan pada Khamis dan semalam di beberapa lokasi sekitar Lahad Datu dan Kunak.

Kira-kira 50 orang asnaf telah mendapat sumbangan berupa keperluan asas dalam program yang menyasarkan penerima golongan asnaf dan mosway.

Hadir sama dalam program kali ini ialah Timbalan Pengerusi 1 LKK PAS Sabah, Nur Izzati Yusof dan Pengerusi LKK PAS Lahad Datu, Kanizam Kamis.

Pengerusi LKK PAS Sabah, Abdul Muien Mohd Noor berkata cabaran buat LKK kali ini tidak seperti biasa dengan faktor jarak yang jauh, namun tidak mematahkan semangat petugas untuk memberikan khidmat yang terbaik dalam menyantuni masyarakat.

“Ramai dalam kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan, sangat memerlukan bantuan orang ramai untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Tambahnya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menyumbang dana untuk program kali ini.

“Sumbangan untuk program Ramadan ini akan terus berjalan,” ujarnya.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank, 5600 9011 7935, Pertubuhan Kesejahteraan Komuniti KGU.

Sementara itu, penerima sumbangan, Julitha Abd Ghani dari Segama, Lahad Datu menzahirkan penghargaan kepada PAS atas sumbangan yang diterima.

“Terima kasih ya bantuannya, Ramadan tahun lalu pun saya ada dapat juga dari PAS. Semua bantuan itu sangat bermakna untuk saya dan anak-anak,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/3/2023

- Advertisement -