Skandal LCS: Netizen ragui komitmen Anwar

- Advertisement -

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan tidak mencampuri urusan pendakwaan apabila diajukan soalan berkenaan skandal LCS. Skandal LCS sebelum ini mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan urusan tatakelola yang tidak telus.

43,000 engagement dikumpulkan di Facebook dengan Sinar Harian dan Astro Awani menerajui engagement terbanyak. Hanya 4,000 engagement didapati di Twitter. Kenyataan Perdana Menteri mendapat 95 peratus komen negatif di Facebook.

Netizen meragui kenyataan Perdana Menteri apabila rentetan janji-janji sebelum ini yang masih lagi belum dapat ditunaikan. Netizen juga menyatakan Perdana Menteri sangat sensitif dan sentiasa mahu menyaman seteru politik.

Konsep pengasingan kuasa antara Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman perlu dihayati sebaiknya agar sistem demokrasi berparlimen dapat dilaksanakan dengan sempurna.

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 17/3/2023

Sumber:

1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-lcs-mesti-diteruskan-pendakwaan-sebelum-ini-tidak-cukup-anwar-410725 
3. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160880215675600&id=214066990599&mibextid=Nif5oz

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100042985766158/posts/pfbid0hgvurS6LJLYiF65aJMmvZfhFEGyDGtFwsryr3AAEshkf7xDmx7Bvc2omByC9UsUZl/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -