Siti Ashah kekal Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah

Ketiga-tiga (dari kanan) Siti Ashah, Siti Mekiah dan Fatimah mengekalkan jawatan masing-masing dalam Dewan Muslimat PAS bagi sesi 2023-2025.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali menang tanpa bertanding mengekalkan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah sesi 2023-2025 dalam pemilihan jawatankuasa sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah ke-54 pada hari ini.

Jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua pula masing-masing kekal diterajui Ustazah Siti Mekiah Shamsuddin dan Ustazah Fatimah Wan Teh yang juga masing-masing menang tanpa bertanding. 

- Advertisement -

Sementara 10 ahli jawatankuasa yang menang pada pemilihan kali ini antaranya, Ustazah Fadilah Safar, Dr Rahimah Sahit, Norhafizah Fadzil, Sharlena Ismail, Mardiyah Johari,Sharifah Aliaa Syazwani Syed Roslan, Jamaliah Omar, Zulinda Khamis, Shukriah Shaari dan Azlina Azinan. 

Sementara, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap masih berpihak masing-masing kepada Ustazah Faridah Ahmad dan Fadilah Hashim apabila turut menang tanpa bertanding.

Begitu Zawiyah Abu Bakar dan Salmah Che Rose yang juga menang tanpa bertanding untuk mengekalkan jawatan Pemerika Kira-Kira 1 dan 2 yang disandang masing-masing sebelum ini.

Muktamar yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad itu turut dihadiri Dr Najihahtusolehah Ahmad mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat dan Dato’ Dr Mohd Hayati Othman sebagai wakil PAS Kedah. 

Seramai 118 perwakilan mewakili 15 Dewan Muslimat kawasan-kawasan termasuk 33 ahli jawatankuasa telah membuang undi pada muktamar kali ini  yang diadakan di Kompleks PAS Kedah. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -