PKENPs cari pelabur baharu bangun Perlis City Center

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) menamatkan
perjanjian usahasama dengan Syarikat Safuan Group Berhad.

- Advertisement -

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, PKENPs sedang meneliti semula dan giat mencari pelabur baharu bagi meneruskan pembangunan di tapak lokasi Perlis City Center.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dari Mohd Ridzuan Hashim (PN-Guar Sanji) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, semalam.

Mohd Ridzuan bertanyakan mengenai perkembangan projek pembinaan Perlis City Center.

Projek tersebut sepatutnya siap pada tahun 2020 melibatkan pembinaan tiga blok menara 42 tingkat terdiri daripada hotel lima bintang, pangsapuri, pusat beli belah, ruang pameran dan tempat letak kereta.

Projek bernilai RM368 juta itu disempurnakan perasmian pecah tanah oleh Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Azlan Man pada Februari 2017. – HARAKAHDAILY 17/3/2023

- Advertisement -