Laluan ECRL tidak patut libat kawasan perumahan

- Advertisement -

SAYA tidak menghalang pembangunan namun pihak yang bertanggungjawab untuk projek ini Malaysia Rail Link Sdn Bhd di daerah ini seharusnya mengambil kira keresahan penduduk.

Ramai yang mohon menerusi Facebook Page, Whatsapp dan bersurat untuk saya bantu selesaikan masalah ini. Saya dah usahakan berbincang dengan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan majlis telah pun buat tindakan untuk tidak membenarkan melalui kawasan perumahan ini bermula Taman Datuk Harun, Taman Idaman, Taman Desa Anggerik seterusnya ke Taman Desa Melor.

Ada laluan yang sepatutnya digunakan namun pihak kontraktor tidak mengendahkan. Ini satu sikap yang tidak menghormati hak masyarakat yang tinggal di laluan atau kawasan itu.

Banyak perkara yang perlu dilihat mengenai perkara ini. Kemasukan kenderaan atau jentera berat di kawasan ini amat berbahaya kepada masyarakat setempat. Difahamkan masa pengangkutan juga tidak mengira masa.

Mohon tindakan yang tegas dilakukan sepertimana tegasnya kita menghalang sesuatu aktiviti yang melanggar akta atau undang-undang.

YB MOHD HASNIZAN HARUN
Ahli Parlimen Hulu Selangor – HARAKAHDAILY 17/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -