Tiada peruntukan khusus untuk perubahan iklim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Belanjawan Madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tidak menyediakan sebarang peruntukan khusus untuk isu perubahan iklim.

Dato’ Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) berkata, hanya disebutkan pertambahan peruntukan anggaran RM3 juta dalam Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

- Advertisement -

Katanya, ini tidak sejajar dengan ancaman perubahan iklim yang akan memberi kesan besar kepada rakyat dan negara.

“Oleh itu, saya mohon perincian kementerian berkenaan berhubung perubahan iklim, sejauh manakah komitmen kerajaan dalam mendepani pelbagai risiko cabaran perubahan iklim yang berlaku di peringkat global dengan Malaysia tidak terkecuali menerima kesannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Alias juga meminta penjelasan menteri, iaitu sejauh mana komitmen kerajaan bagi menubuhkan jabatan perubahan iklim bagi memastikan negara dapat menghadapi cabaran tersebut dan membuat persiapan yang lebih baik. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -