Lalat BSF `bersihkan’ sampah di Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi, mempersoalkan kesediaan kerajaan untuk memberi insentif bagi menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjayakan ekonomi kitaran.

Sebagai contoh, katanya penternakan lalat jenis Black Soldier Fly (BSF) kini dilakukan di pasar borong Tanah Merah, Kelantan untuk melupuskan sisa organik.

- Advertisement -

“Di Kelantan, kita telah mengadakan program lalat jenis BSF yang dijangka mampu untuk mengurangkan sampah lebih lima tan sehari.

“BSF ini diternak dalam rumah khas yang dibina belakang pasar borong Tanah Merah dan hidup dengan memakan sisa sampah organik yang dikumpul oleh Majlis Daerah Tanah Merah.

“Kini usaha itu diperluaskan kepada Majlis Daerah Dabong, Pasir Mas dan Tumpat,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mumtaz, selain mampu untuk melupuskan sisa jenis buangan organik harian, BSF secara tidak langsung meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sampah, memelihara alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam.

Justeru, beliau berharap usaha berkenaan dapat diteruskan kepada semua Parlimen seluruh negara. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -