Jangan mudah batal projek pembangunan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengingatkan kerajaan supaya tidak sewenang-wenang membatalkan projek pembangunan yang dicadangkan kerajaan sebelum ini.

Katanya, pentadbiran kerajaan sekarang tidak sepatutnya mencadangkan satu atau dua projek baharu, tetapi pada masa sama memberhentikan projek lama yang dicadangkan oleh pentadbiran lalu.

- Advertisement -

“Saya telah mencadangkan pembinaan balai bomba di Chenor dan Maran dengan pembinaan sebuah balai bomba dianggarkan menelan belanja RM4 juta.

“Tanah yang dicadangkan untuk tapak balai bomba juga telah dikenal pasti,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau ingin tahu status pembinaan balai bomba berkenaan dan tindakan yang diambil oleh kementerian bagi merealisasikan cadangan pembinaan itu. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -