Beri peruntukan besar tanam bakau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi peruntukan yang besar terhadap program penanaman pokok bakau yang mampu membawa pulangan positif terhadap kelestarian alam sekitar.

Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata pokok bakau dapat memelihara pantai daripada hakisan kerana memecahkan ombak laut, selain dapat mengurangkan banjir.

- Advertisement -

Menurutnya, penanaman pokok bakau dan spesies yang sesuai di pesisiran pantai dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung malaysia (JPSM)

“Saya kira, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) juga melibatkan penanaman pokok bakau, terutama di hutan bakau.

“Namun, saya melihat bahawa pada 2023, perbelanjaan (penanaman pokok) menurun kepada RM972,000, berbanding perbelanjaan sebenar pada 2021 sebanyak RM8,294,697,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Ahmad Yunus yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan yang besar kepada program penanaman pokok, terutama pokok bakau. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!