‘Are you sure?’ gamat sidang Dewan Rakyat

Dewan Rakyat.
- Advertisement -

RAMAI terkejut apabila Speaker menyebut “Are you sure? Saya nak tanya kalau sure kata sure, kalau tidak kata tidak.

- Advertisement -

“Adakah perarakan itu adalah (perarakan) LGBT atau (perarakan) Women?” katanya dengan nada keras ketika mengambil alih tempat sebagai pengerusi mesyuarat di Dewan Rakyat dua hari lepas.

Katanya lagi beliau mendengar di chamber, adakah Kuantan pasti Women’s March itu adalah (perhimpunan) LGBT,”.

Sidang Parlimen kecoh seketika apabila Ahli Parlimen PN Kuantan, Wan Razali Wan Nor menyebut perhimpunan Hari Wanita di ibu negara baru-baru turut disertai kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Bagi mereka yang mengikuti siaran langsung sidang tersebut pasti faham. Bukan maksud ahli parlimen Kuantan menggambarkan himpunan Hari Wanita itu dianjur kumpulan LGBT. Sebaliknya mereka turut hadir.

Kita boleh temui bendera dan logo pelangi yang dibawa peserta himpunan tersebut. Persoalannya LGBT bukan wanita. Mereka kumpulan transgender.

Isu itu mulai hangat apabila ahli parlimen DAP mempertikaikan kenyataan Wan Razali. Biarpun himpunan bukan anjuran kumpulan LGBT, namun kelibat mereka kelihatan.

Ia tidak mampu disembunyikan lagi. Lebih mengejutkan lagi apabila pengerusi mesyuarat memberi amaran akan mengenakan tindakan.

Akhirnya selepas didesak Speaker, ahli parlimen PN itu menarik balik kenyataan. Biarpun dikecam PH, namun Wan Razali mampu dinobatkan sebagai hero. Beliau berjiwa besar.

Malah, Ahmad Marzuk Shaary turut mengungkitkan lagi isu LGBT ketika sesi perbahasan pada sebelah petang. Isu sama juga disebut ahli parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.

Kata Marzuk, “Saya yakin MP di sini tidak bersetuju dengan LGBT. Sebab itu saya nak sebut perkara ini yang boleh menjejaskan indeks perpaduan.

“Kerajaan dan kementerian terbabit perlu menitik beratkan isu ini dan bawa satu naratif yang lebih holistik menyelesaikan isu LGBT,” katanya.

Beliau turut mengimbau sejarah yang menimpa bandar Rom, Pompeii pada 79 Masihi. Bandar itu musnah akibat letusan gunung berapi.

“Kita tahu sejarah Pompeii supaya tidak berulang dan tidak mengundang kemurkaan Allah kerana perbuatan songsang,” katanya.

Di era kerajaan Perikatan Nasional (PN) diwujudkan taskforce untuk tangani isu LGBT. Selain itu digerak kajian terhadap Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Bekas Menteri Agama era PN Idris Ahmad berharap usaha yang dimulakan kerajaan dahulu diteruskan kerajaan sekarang.

Ia bagi memastikan kerangka perundangan yang ada bersifat komprehensif untuk mengekang aktiviti mempromosi perbuatan LGBT. Dan ia tidak terhad kepada kesalahan luar tabie di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Menurut Idris sehingga Mac 2022, jumlah peserta mukhayyam untuk komuniti LGBT mencecah sehingga 1,769 orang.

“Kita berharap kerajaan tidak tunduk kepada desakan pihak-pihak yang ingin menghentikan program ini dengan menggambarkannya sebagai amalan terapi pertukaran dari Barat,” ujarnya pada kenyataan.

Isu LGBT tiba-tiba muncul ketika hangat larangan terhadap ahli politik menyampaikan kuliah atau khutbah di semua masjid dan surau di seluruh Terengganu. Ia dilapor berkuat kuasa awal Mac lalu.

Mengulas perkembangan itu pakar psikososio dari UPSI Dr Zulkeflee Yaacob berkata, ceramah agama lazimnya tidak salah selagi tertib dan dipenuhi etika dan akhlak penyampaian bersumber Quran dan Hadis.

“Pemimpin politik mempunyai kewajipan untuk bersuara bukan sahaja dalam bidang agama bahkan dalam pelbagai perkara termasuk politik,” ujarnya.

Bagi mereka yang sering mengikuti siaran langsung boleh menilai apa yang berlaku sekarang. Ramai dapat mengesan perbezaan pengendalian mesyuarat di era sekarang dan sebelum ini.

Usaha untuk memberi kebebasan bercakap dan berbahas di parlimen sebenarnya bermula pada 1948. Ia bermula apabila Legislative Counsil (Privilegers dan Powers) Ordinance 1948 dilulus.

Menurut bekas Timbalan Speaker Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tahun 1952 merupakan detik penting dalam konteks evolusi kebebasan bercakap dan berbahas dalam Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu.

Ia bermula majlis meluluskan undang-undang Legislative Counsil (Privileges and Powers) Ordinance 1952 bagi menggantikan ordinace 1948.

Kemudian draf peraturan dibentang Tun Abdul Razak pada mesyuarat pertama parlimen pada 12 September 1959. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -