Tanah padi perlu rehat dua tahun

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan mempertimbangkan supaya tanah di kawasan penanaman padi direhatkan selama dua tahun, kata Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau).

Katanya, tindakan ini penting kerana tanah di sesetengah kawasan padi menghadapi masalah tanah jerlus.

Advertisement

“Mesin tidak boleh masuk (kawasan tanah) sebab terlampau lembik kerana telah digunakan dengan begitu teruk sehingga berpuluh tahun tidak berehat.

“Dulu setahun sekali, sekarang dua kali setahun, sekarang dah masuk lima kali setahun. Tapi tanah itu tidak pernah berehat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan berkata, kerajaan tidak perlu membayar ganti rugi, tetapi bayaran subsidi yang ada sekarang diteruskan sepanjang tanah direhatkan. – HARAKAHDAILY 15/3/2023