Rancang naik taraf enam rumah pam sepanjang Sg Perak

Muhammad Ismi Mat Taib
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah diluluskan peruntukan sebanyak RM29 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem SCADA, pam, pintu air dan kerja-kerja berkaitan di skim-skim pengairan negeri Perak yang memfokuskan kepada skim-skim pengairan di luar jelapang negeri itu.

- Advertisement -

Di bawah peruntukan itu, KPKM bersama agensi pelaksana iaitu JPS Negeri Perak telah merancang untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf enam buah stesen rumah pam di sepanjang Sungai Perak khususnya di Daerah Perak Tengah yang masih menggunakan kuasa hidraulik dan enjin kepada pam-pam elektrik yang lebih efisien termasuk kerja-kerja elektrikal iaitu di rumah pam Pendiat, Bota Kiri, Lambor Kiri, Kubang Haji, Senin dan Parit termasuk sebuah stesen rumah pam di Daerah Kuala Kangsar iaitu Rumah Pam Sayong.

KPKM menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Muhammad Ismi Mat Taib [PN-Parit] yang meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan status menaiktarafkan projek Pengairan Luar Jelapang di rancangan Pengairan Jelapang Padi di daerah Perak Tengah bagi membantu menaikkan ekonomi masyarakat tempatan.

Selain itu, kata KPKM memodenkan dan mengintegrasikan sistem automasi SCADA di stesen-stesen rumah pam yang akan dinaiktaraf, menukar sistem pintu-pintu air lama yang rosak termasuk kelengkapan, nenjalankan kerja-kerja ukur tanah dan penyiasatan tanah serta perlantikan perkhidmatan perunding.

Manakala status semasa perlaksanaan bagi pelaksanaan projek-projek tersebut iaitu dalam proses penyiasatan tanah ialah Rancangan Pengairan Lambor Kiri, Perak Tengah; Rancangan Pengairan Kubang Haji, Perak Tengah); Rancangan Pengairan Bota Lambor (Pendiat), Perak Tengah dan Rancangan Pengairan Parit dalam proses kajian rekabentuk ialah projek menaik taraf rumah pam Bota Kiri dan Kubang Haji. – HARAKAHDAILY 15/3/2023

- Advertisement -