Pertempuran polis, penyokong Imran Khan merebak di Pakistan

Penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan menyekat jalan semasa pertempuran dengan polis yang dipercayai ingin menangkap bekas pemimpin itu di Lahore, Pakistan pada 14 Mac 2022. (FOTO: REUTERS)
- Advertisement -

LAHORE: Pertempuran antara polis dan penyokong Imran Khan berterusan di luar kediaman bekas Perdana Menteri Pakistan itu di bandar timur Lahore, sehari selepas pihak berkuasa pergi untuk menangkapnya kerana gagal hadir di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Operasi polis itu mencetuskan pertempuran antara penyokong Khan dan polis di bandar-bandar utama negara itu, termasuk Karachi, Islamabad, bandar Rawalpindi, Peshawar, Quetta dan tempat lain di Pakistan, lapor AP.

- Advertisement -

Sejak 18 jam lalu, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah rumah itu ketika penyokong ketua pembangkang berusia 70 tahun itu membaling batu dan batu ke arah pegawai. 

Kawasan penempatan mewah di Taman Zaman, lokasi di mana Khan menetap telah dikepung sejak semalam, Selasa (14 Mac).

Awal hari ini Rabu (15 Mac), Khan keluar dari rumahnya untuk bertemu dengan penyokongnya dan berkata beliau sudah bersedia untuk pergi ke Islamabad pada 18 Mac di bawah waran tangkapnya, tetapi polis tidak menerima tawaran itu.

Polis rusuhan melepaskan peluru gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan berkumpul di luar kediaman Khan bagi untuk menghalangnya dari ditangkap di Lahore, Pakistan pada 14 Mac 2023. (FOTO: AFP/Arif Ali)

Konfrantasi di luar rumah Khan berterusan apabila Kira-kira sedozen polis dan kira-kira 35 orang penyokong Khan dilaporkan cedera.

Khan, yang digulingkan dalam undi tidak percaya di Parlimen pada April tahun lalu, diarah hadir di hadapan hakim di Islamabad pada Jumaat (10 Mac) lalu untuk menjawab pertuduhan menjual secara haram hadiah negara yang diterimanya semasa menjadi perdana menteri dan menyembunyikan aset kekayaannya.

Bekas perdana menteri itu mengelak daripada hadir ke mahkamah sejak Nov tahun lalu, apabila beliau cedera dalam serangan senjata di perhimpunan protes di wilayah timur Punjab, dan mendakwa tidak sihat dari segi perubatan untuk melakukan perjalanan dari Lahore ke Islamabad untuk menghadapi dakwaan di mahkamah.

Penyokong Imran Khan cuba menghalang polis rusuhan mendekati kediaman bekas Perdana Menteri itu di Lahore, timur Pakistan pada 14 Mac 2023. (Foto: AFP)

Minggu lalu, Khan  pergi ke Islamabad untuk hadir di perbicaraan tiga buah mahkamah, tetapi beliau gagal hadir di mahkamah keempat untuk menghadapi dakwaan terbabit dalam kes rasuah, yang merupakan proses undang-undang untuk memulakan perbicaraannya.

Khan telah mendakwa bahawa rentetan kes terhadapnya, termasuk tuduhan keganasan, adalah plot oleh kerajaan semasa Pakistan. – HARAKAHDAILY 15/3/2023

- Advertisement -