Pekerja di P Pinang sedia pindah ke Chuping

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Sebanyak 223 pekerja yang bekerja di kilang di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang bersetuju berpindah ke Chuping Valley Industrial Area (CVIA).

- Advertisement -

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, langkah proaktif itu diambil dengan memberi latihan kepada pekerja terbabit sebelum pembangunan fizikal projek dilaksanakan.

Katanya sesi temuduga yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan di mana seramai 475 orang hadir.

“Dan daripada jumlah itu seramai 354 orang ditawarkan pekerjaan di mana sebelum ini mereka bekerja di Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke kilang di CVIA apabila beroperasi kelak.

“Seramai 223 orang daripada 354 pekerja terbabit sekarang bekerja di kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Batu Kawan,” katanya ketika menjawab soalan Saad Seman (PN-Chuping) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.

Sebelum itu Saad bertanya mengenai bilangan anak jati Perlis yang dilatih oleh syarikat yang melabur di CVIA.

Menurut Mohd Shukri banyak syarikat memberi komitmen untuk melabur biarpun projek itu masih di peringkat pra-pembangunan. – HARAKAHDAILY 15/3/2023

- Advertisement -