‘Kualiti perbahasan jauh lebih baik’ – Mufti Perlis

Sidang DUN Perlis di bawah kerajaan baru

- Advertisement -

SEBAGAI Mufti Negeri Perlis, sejak dahulu saya memang kena hadir sesi DUN Perlis. Sudah beberapa penggal saya mengikuti perjalanan DUN Perlis di bawah kerajaan lepas. 

Pilihan raya baru-baru ini menyaksikan pertukaran Kerajaan Negeri Perlis ke tangan kepimpinan kerajaan yang baharu. Di sini, sedikit saya ingin ulas apa yang saya saksi persidangan DUN kali ini. 

Bagi saya, sekalipun hampir 90 peratus YB yang ada dalam DUN Perlis kali ini merupakan muka baharu, namun kualiti perbahasan mereka jauh lebih baik. 

Keupayaan menyampaikan idea dan menjawab soalan secara spontan, khususnya soalan tambahan jauh lebih berkualiti. 

Walaupun baru mengambil kerajaan, kelihatan mereka lebih bersungguh memahami tugasan mereka masing-masing. Banyak idea-idea yang baik kita nampak walaupun dalam tempoh yang singkat menguasai negeri.  

Dengan ini harapan kita isu-isu seperti kerajaan negeri tiada idea, ‘slow’, tidak mesra pelabur, enggan mendengar idea pihak lain, perancangan yang tidak kena tempat, tidak prihatin dan seumpamanya yang dibangkitkan masa lepas tidak kedengaran lagi.

Mudah-mudahan di masa hadapan kualiti perbahasan di DUN Perlis ini bukan sahaja dikekalkan, tapi juga meningkat dengan lebih tinggi bersama pengalaman pemerintahan yang akan bertambah.

PROF. DATO’ ARIF PERKASA DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Mufti Perlis – HARAKAHDAILY 15/3/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0icScZGdhXHHBXtYKz6ihJADxQHxfPG6L3D7iTEJBFMSgdn5PpkzwQdZ197HyvTkHl&id=100044392870897&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -