Kedah bangun indeks pengesanan awal murid tercicir

Dato' Najmi Ahmad
- Advertisement -

ALOR SETAR: Konsep ‘Cordoba Kedah’ bukan hanya program bersifat ‘Touch and Go’ sebaliknya ia melibatkan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah keciciran pelajar.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Dato’ Najmi Ahmad berkata, program itu menggabungkan psikologi pendidikan, komunikasi dan teknologi pengkomputeran.

Katanya, program terbabit melibatkan jangka masa tiga tahun akan membangunkan indeks pengesanan awal murid yang berisiko tercicir.

“Modul intervensi menggunakan komunikasi strategik dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan untuk membantu mengesan serta menentukan intervensi terbaik,” katanya ketika pada sesi pergulungan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Menurutnya masalah keciciran pelajar sekiranya tidak ditangani dengan usaha strategik akan mengakibatkan kerugian kepada Kedah pada masa hadapan.

Kata beliau masalah tersebut boleh merencatkan usaha kerajaan negeri untuk melahirkan generasi intelektual bagi merealisasikan konsep ‘Cordoba Kedah’.

Katanya bagi menjayakan program tersebut kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM300,000 bagi tempoh Disember 2020 hingga November 2023.

“Program ini melibatkan murid berisiko tercicir di enam sekolah yang dicadangkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di Kubang Pasu, Baling dan Langkawi.

“Seramai 30 pelajar terlibat dari setiap sekolah yang terpilih dengan jumlah keseluruhannya 180 orang. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan tiga hingga lima,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/3/2023

- Advertisement -