SVB muflis, kejutkan global

Kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) telah memberi kesan secara langsung kepada syarikat-syarikat bisnes baharu yang menyimpan dana kewangan syarikat masing-masing dengan bank tersebut. (FOTO: REUTERS)
- Advertisement -

SANTA CLARA, California: Berita mengenai Silicon Valley Bank (SVB) yang berpusat di sini diisytiharkan muflis telah memberikan kesan yang amat mengejut di seluruh dunia.

Ini kerana krisis sebegini bukan sahaja memberikan impak kepada sektor bisnes tetapi juga untuk golongan pekerja mereka yang gaji masing-masing tersimpan dalam bank tersebut yang boleh menyebabkan kekecohan bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di pasaran antarabangsa, lapor CBC News.

- Advertisement -

SVB mempunyai cawangan di negara-negara maju seperti Kanada, United Kingdom, China, dan Jerman tetapi tetap diisytihar muflis pada 10 Mac lalu setelah melakukan kesilapan melabur dalam bon-bon (janji hutang) kerajaan AS yang telah turun nilai akibat daripada kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Federal Reserve).

Ia lalu segera disusuli  dengan impak kekurangan dana kecemasan yang menyebabkan pelanggan SVB berebut-rebut untuk penyerbuan secara besar-besaran (bank run).

Krisis sebegini bukan sahaja memberikan impak kepada perniagaan tetapi juga untuk semua pekerja mereka yang gajinya yang tersimpan dalam bank tersebut yang boleh menyebabkan kekecohan bukan sahaja di Amerika tetapi juga di pasaran antarabangsa.

Walaupun Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen menyatakan keyakinannya bahawa pengawal selia perbankan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai tindak balas terhadap krisis SVB dan mana-mana krisis kewangan akan datang, tetapi masih tidak mampu meyakinkan orang ramai. 

Kebanyakan pengasas syarikat baharu berkata ‘kejatuhan Silicon Valley Bank/SVB’ berpotensi menyebabkan penghapusan pelbagai syarikat-syarikat baharu yang lain di seluruh dunia jika kerajaan tidak campur tangan.

Perkara ini juga dibuktikan dengan kes yang dialami Toby Mather, ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang baru berjinak dalam sektoR bisnes, yang mana sebanyak 85 peratus dana kewangan syarikatnya  disimpan di dalam SVB. 

Beliau mendakwa bahawa krisis tersebut telah menyebabkan syarikatnya itu berada dalam ‘situasi antara hidup atau mati’.

Dalam pada itu, laporan The Strait Times, Singapura melabelkan apa yang menimpa SVB itu sebagai ‘kegagalan bank terbesar sejak krisis kewangan 2008 dengan kejatuhan mendadak yang menggegarkan pasaran global dan menyebabkan berbilion dolar milik syarikat dan pelabur terkandas.

Sementara bilionair, William Ackman,  yang merupakan pengurus dana lindung nilai (Hedge Fund) telah menyamakan krisis SVB dengan Bear Sterns, sebuah bank yang pertama muflis ketika berlakunya Krisis Subprima Perumahan 2008 secara global. 

Beliau berkata  dalam Twitternya, “Risiko kegagalan dan kerugian deposit di sini (SVB) akan berlaku kepada  bank-bank lain seterusnya yang turut menghadapi kekurangan modalnya; dan setelah bank seterusnya gagal, ia akan memberikan impak domino yang berterusan  (continuing domino effect) dan ‘berjangkit’, iaitu kegagalan kepada setiap bank lain.” – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -