Sokongan peminat hebat, kualiti padang teruk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sambutan penyokong terhadap sukan bola sepak sangat menggalakkan, namun kualiti padang di beberapa stadium tidak memuaskan.

Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berkata, walaupun bola sepak adalah sukan utama di negara ini, kemudahan di stadium masih dibincangkan.

- Advertisement -

“Justeru itu, apa usaha kerajaan berkaitan kemudahan padang bola sepak di negara kita yang banyak dipertikaikan yang dirasakan boleh dicadangkan untuk dinaik taraf?

“Sekarang kita lihat ada beberapa sahaja padang stadium yang dilihat terbaik dan saya mengharapkan ia dapat diperluaskan ke padang bola sepak lain.

“Kita ingin melihat Malaysia bergerak ke arah tersebut. Jadi apa perancangan kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak berkaitan agar isu ini diberi keutamaan?” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang itu turut membangkitkan isu penjawat awam berstatus kontrak di bawah KBS.

Katanya, tanggungan untuk kakitangan kontrak bagi KBS sahaja menjangkau RM20 juta setahun.

“Adakah kerajaan bercadang untuk menyerap mereka sebagai pegawai tetap secara berperingkat, terutama mereka yang telah lama berkhidmat. Contohnya yang berkhidmat melebihi 20 tahun dan lain-lain kerana kepakaran dan kemahiran mereka sangat berharga,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -