NEGARA kita pada minggu ini dikejutkan lagi dengan satu acara Perarakan Wanita Malaysia 2023 dengan aksi secara jelas mempromosi simbol kepada agenda liberal dan pemikiran amalan luar tabii.
Secara umumnya perarakan ini mungkin dilihat baik kerana memperjuangkan hak wanita, kebajikan wanita, serta golongan minoriti yang tertindas. Namun sekiranya diteliti dengan cermat, perjuangan yang murni ini hakikatnya telah dikotorkan dengan agenda jijik normalisasi pemikiran amalan luar tabii.
Antara 9 tuntutan Perarakan Wanita Malaysia 2023 ini ialah kesaksamaan gender melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan atau perundangan serta membela golongan minoriti seksual dalam negara ini.
https://m.facebook.com/photo.php/?set=pcb.153342457313975&fbid=153342370647317
Menurut Zahari Mahad Musa, dalam artikelnya bertajuk, “Golongan Minoriti Seksual: Satu Pandangan Islam Dan Tinjauan Semasa”, beliau telah menyatakan golongan minoriti seksual ini sebagai sekumpulan minoriti yang mempunyai identiti gender yang tidak serasi dengan sifat fizikal kelaminnya.
https://m.facebook.com/photo.php/?set=pcb.153342457313975&fbid=153342370647317
Mereka ini secara umumnya terjebak dalam krisis psikologi seperti heteroseksual, homoseksual, dan biseksual yang perlu ditangani dengan sesungguhnya melalui pendidikan yang tuntas dan menyeluruh.
Acara Perarakan Wanita Malaysia 2023 ini telah mendapat respon daripada pelbagai pihak yang resah dengan isu ini termasuk para asatizah, pensyarah serta ahli politik yang mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan berselindung di sebalik nama acara ini.
Apa yang menyedihkan juga ialah Menteri Agama terpaksa mengambil masa sehingga 2 hari untuk mengeluarkan Kenyataan Media mewakili pihak kerajaan sedangkan isu ini amat meresahkan umat Islam. Tidak sepantas Kenyataan Media oleh Menteri Agama mengenai perarakan mengangkat syiar Islam di Terengganu yang mana pada hemat Menteri adalah, tidak wajar.
https://m.facebook.com/photo.php/?set=pcb.153189677627834&fbid=153189647627837
Meskipun begitu, bak kata pepatah Barat ‘better late than never’. Kami menyokong penuh kenyataan Menteri Agama bahawa, “apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali”.
Tindakan yang holistik mestilah dilancarkan segera oleh Menteri Agama mewakili pihak kerajaan serta didorong dengan sesungguhnya oleh keazaman politik YAB Perdana Menteri agar perkara seperti ini tidak berulang.
Pendidikan yang tuntas mestilah diberikan bukan sekadar kepada mereka yang tersakiti kerana penyakit psikologi ini sahaja bahkan mestilah juga kepada mereka yang sedang di bangku persekolahan agar pemikiran amalan luar tabii ini dapat diperangi hingga ke peringkat akar dan membumi.
Dasar kerajaan mestilah konsisten terhadap kelompok ini. Kerajaan mestilah memboikot mereka secara total termasuk kepada proksi-proksi mereka sama ada melalui jalur NGO, NGI, syarikat-syarikat dan aktiviti-aktiviti komersial dalam negara ini.
Biarlah negara kita ini menjadi sebutan oleh masyarakat dunia sebagai salah satu negara yang tidak berkompromi dengan golongan pemikiran amalan luar tabii ini kerana itulah identiti sebenar dan jati diri suci negara ini. Jangan kita bermudah-mudahan dengan mereka sehingga negara ini mewarisi beban dosa dan laknat Allah seperti kaum Nabi Luth.
Semoga Allah memberkati negara ini. Sekian.
HUMAIRA JAMEELAH
Timbalan Exco Tarbiyah dan Perkaderan Ameerah Malaysia – HARAKAHDAILY 14/3/2023
Seruan liberal di sebalik Perarakan Wanita Malaysia 2023
- Advertisement -