Pelaburan RM25.5 bilion Amazon: Lembu punya susu

- Advertisement -

KEPUTUSAN Amazon Web Service (AWS) membuat pelaburan sebanyak RM25.5 bilion di Malaysia sememangnya sebuah berita gembira buat seluruh rakyat.

Namun  dakwaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya keputusan AWS ini dibuat kerana mereka percaya kepada pentadbiran politik Kerajaan Campuran adalah satu dakwaan yang dangkal.

https://www.facebook.com/mediarakyatnet/videos/617340553548996/

Usaha dan proses untuk mendapatkan pelaburan AWS ini hakikatnya telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

Pada 6 Disember 2019, kerajaan telah mengemukakan surat tawaran kepada AWS Inc untuk menarik minat mereka membuat pelaburan di negara ini.

Pada 2022, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah pergi berunding dan berbincang bersama pengurusan AWS.

Semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) selama 10 hari itu,  Azmin telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perdagangan AS dan Duta Wakil Perdagangan AS di Washington DC.

Satu Memorandum Kerjasama (MoM) bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan juga telah ditandatangani.

“Mereka bersedia membina ekosistem dan memindahkan teknologi dan kepakaran kepada syarikat tempatan. Ini pasti akan memberikan ruang dan peluang yang cukup besar kepada Malaysia untuk menembusi pasaran global dan meningkatkan daya saing di peringkat Antarabangsa,” – Azmin Ali

https://www.mida.gov.my/ms/berita-mida/syarikat-pelaburan-di-as-yakin-malaysia-masih-lagi-destinasi-pelaburan-menarik/

Pada 2022 itu juga, kerajaan telah memberikan kelulusan kepada AWS untuk melabur di Malaysia.

https://www.mida.gov.my/ms/berita-mida/amazon-web-services-bakal-labur-jumlah-yang-besar-untuk-bangun-pusat-data-di-malaysia-azmin-ali/

Tengku Zafrul dalam hantaran beliau di Facebook pada Mei 2022 turut mengesahkan bahawa beberapa syarikat gergasi seperti Amazon dan Google telah menyuarakan hasrat mereka untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SvHTPmPkp2SKChNDnLDrf1rENL7XwiULBw51aPEWaxe18CbqDR9thrkK8LBuQMaSl&id=100050687430295

Sungguh tidak tahu malu apabila Anwar mendakwa bahawa pelaburan AWS ini adalah kerana Kerajaan Campuran pada hari ini sedangkan usaha-usaha secara strategik bagi mendapatkan pelaburan ini telah dijalankan sejak sekian lama.

Meskipun Anwar tidak mahu mengiktiraf atau memuji usaha-usaha kerajaan sebelumnya, tidak perlulah beliau mendabik dada mengambil kredit atas usaha gigih orang lain. 

Sebagai seorang Perdana Menteri Kerajaan Madani, sewajarnya Anwar lebih berjiwa besar dan matang dalam memimpin.

Semoga pelaburan AWS ini memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara selari dengan aspirasi Dasar MyDigital dalam RMKe-12.

KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi SiswaPAS – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -